Sunday 24 July 2022

PENDAFTARAN TINGKATAN 6 SEMESTER 1 / 2022

Pendaftaran pelajar Tingkatan 6 Semester 1 telah berlangsung pada 25 Julai 2022 di Dewan Toh Puan Hajah Masniah, SMK Tun Abang Haji Openg. Seramai 78 pelajar telah mendaftar pada hari pertama. Minggu Orientasi tingkatan 6 semester berlangsung dari 25 Julai sehingga 1 Ogos 2022.



















Saturday 7 March 2020

MAJLIS PERMUAFAKATAN & PENETAPAN SASARAN AKADEMIK

Majlis Permuafakatan dan Penetapan Sasaran Akademik bagi pelajar tingkatan 6 Semester 2 merupakan satu daripada inisiatif pihak pengurusan tingkatan 6 untuk meningkatkan prestasi calon dalam STPM tahun 2020.  Majlis ini telah diadakan pada 7 Mac 2020 di Dewan TPH Masniah, SMK Tun Abang Haji Openg dan melibatkan seramai 116 orang pelajar bersama-sama dengan para ibu bapa.














Tuesday 25 February 2020

MAJLIS PENGUMUMAN RASMI KEPUTUSAN STPM 2019

Majlis Pengumuman rasmi keputusan STPM 2019 telah diadakan pada 25 Februari 2020 di Dewan TPH Masniah, SMK Tun Abang Haji Openg.











Sunday 16 February 2020

PROGRAM "SMART PARTNERSHIP" BERSAMA SMK PUTATAN, SABAH

Program Smart Partnership atau Perkongsian Ilmu "Jejak Ke Menara" Pusat Tingkatan 6, SMK Tun Abang Haji Openg bersama SMK Putatan, Kota Kinabalu telah diadakan pada 10-14 Februari 2020. Program ini telah disertai oleh 20 orang pelajar tingkatan 6 Semester 2 dan 3 orang guru pengiring yang terdiri daripada puan Chin Lee Yin, cik Dayang Silawati dan cik Kartini Hamji.  Antara objektif program ini adalah untuk mewujudkan permuafakatan dan perkongsian pintar antara pihak sekolah, PIBG, komuniti setempat, dan institusi pendidikan Sabah-Sarawak. Selain program tersebut, lawatan Penanda Aras ke SMKA Mohamad Ali, Ranau juga telah diadakan pada 15 Februari 2020. Lawatan tersebut turut disertai oleh pengetua SMK Tun Abang Haji Openg, Pn. Affida Helmi, wakil PIBG dan barisan pihak pentadbir sekolah.