Thursday 10 November 2011

Majlis Graduasi dan Anugerah Kecemerlangan 2011



















Majlis Graduasi dan Anugerah Kecemerlangan  telah diadakan pada 9 November 2011 di Dewan Toh Puan Hajah Masniah, SMK Tun Openg. Tetamu kehormat ialah YB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg, Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan Sarawak.

Wednesday 9 November 2011

Majlis Jalinan Mesra 2011















SMK Tun Openg telah mengadakan Majlis Jalinan Mesra pada 9 November 2011, bertempat di Blue Lagoon, Riverside Majestic, Kuching. Jamuan akhir tahun  ini diadakan bagi meraikan para guru dan staf sokongan SMK TAHO. Pelbagai acara menarik telah diadakan seperti "King & Queen of the night, birthday celebration, lucky draw", nyanyian karaoke dan sebagainya.

Tuesday 18 October 2011

Majlis Penyerahan Tugas Puan Mastura - Puan Haminah (18 Oktober 2011)

Warga SMK TAHO mengucapkan "Selamat Datang" kepada Pengetua Cemerlang, Puan Hajah Hamimah binti Haji Lek.

Selamat datang ke SMK TAHO...



Penyerahan Tugas Puan Hjh Mastura kepada Puan Hjh Haminah.


Detik bersejarah..Mantan pengetua SMK Tun Openg, Puan Hajah Mastura menggantung potretnya pada dinding Dewan Toh Puan Hjh Masniah, SMK Tun Openg.


Puan Mastura sempat merakamkan gambar sebagai kenangan sebelum meninggalkan SMK Tun Openg.

Rombongan pelajar dan guru yang mengiringi perpindahan Puan Hjh Mastura ke Kolej DPAH Abdillah.

Puan Hjh Mastura disambut meriah oleh warga Kolej Abdillah

Selamat bertugas di tempat baru..

Berat mata memandang, berat lagi hati untuk melepaskanmu..
Selamat tinggal Puan Mastura. SMK TAHO sentiasa merinduimu...

Pelukan Perpisahan...

Sunday 16 October 2011

Sekalung Budi Sejambak Memori













Majlis Sekalung Budi Sejambak Memori telah diadakan di Dewan Toh Puan Hjh Masniah pada malam 15 Oktober 2011 sempena meraikan perpindahan Puan Hjh Mastura ke Kolej DPAH Abdillah.