Wednesday 27 July 2011

Penyelidikan & Kolokium












Kolokium Program Persediaan Universiti sesi ke-2 telah diadakan pada 27 Julai 2011, bertempat di Dewan Toh Puan Hajah Masniah, SMK Tun Openg. Sebanyak 3 kumpulan telah membentangkan  hasil penyelidikan mereka yang berkaitan dengan "Gejala Vandalisme, Gejala Ponteng dan Program Nilam."

Monday 18 July 2011

Persaraan cikgu Ida Kueh








Cikgu Ida Kueh telah bersara pada 18 Julai 2011. Cikgu Ida merupakan tenaga pengajar bagi mata pelajaran MUET PPU. Beliau telah berkhidmat di SMK Tun Openg selama 15 tahun..Selamat bersara cikgu Ida...

Syabas & tahniah!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada 30 orang pelajar PPU sesi 2009/2010  yang telah mendapat tawaran masuk ke  Universiti tempatan , yakni Unimas (15 orang), UKM (3 orang), UMS (6 orang), UiTM (4 orang), USM (2 orang), UM (1 orang), UMT (1 orang) dan UIA (1 orang)..

Friday 15 July 2011

Program Gilapan Minda, PPU


Program Gilapan Minda telah diadakan pada 11 sehingga 22 Julai untuk semua  pelajar PPU sesi 2010/2011. Program ini bertujuan untuk memberi suntikan semangat dan mempersiap pelajar bagi menduduki peperiksaan STPM 2011. Semoga usaha murni guru-guru dan para pelajar sekalian akan membuahkan kejayaan yang cemerlang...

Saturday 2 July 2011

Larian 1Murid, 1Sukan & 1Malaysia.









Program Larian 1Murid,1Sukan ,1Malaysia telah diadakan pada 2 Julai 2011 bertempat di SMK Tun Openg. Seawal pukul 7.00 pagi, para pelajar dan guru-guru telah berkumpul di dataran perhimpunan. Program ini dimulakan dengan aktiviti senam robik dan diikuti oleh larian beramai-ramai pelajar.