Tuesday 27 September 2011

Pasukan Bicara Berirama SMK Tun Openg

Tahniah kepada pasukan Bicara Berirama SMK Tun Openg kerana menjuarai Pertandingan Sayembara Bicara Berirama peringkat negeri Sarawak yang diadakan di Sibu pada 27 September 2011. Pasukan ini terdiri daripada 12 orang pelajar PPU dan 8 orang pelajar tingkatan 4. Pasukan ini telah membawa pulang 2 buah piala dan wang tunai sebanyak RM 3000. Selain menjuarai pertandingan ini, pasukan Bicara Berirama SMK Tun Openg juga memenangi Skrip terbaik Bicara Berirama 2011.Sekali lagi, syabas dan tahniah kepada guru pembimbing, Puan Munah Suja dan guru pembantu, En. Abdul Jaya Manan dan Puan Norbaya Hassan...




Sunday 18 September 2011

Sambutan Hari kemerdekaan-Hari Raya Aidilfitri 2011

Sambutan Hari Kemerdekaan-Hari Raya telah diadakan dengan begitu meriah sekali di SMK Tun Openg pada hari Sabtu, 10 September 2011. Sambutan Hari Kemerdekaan telah dimulakan dengan acara perarakan membawa bendera dan sepanduk Hari Kemerdekaan mengelilingi kawasan sekolah. Seterusnya, perhimpunan Hari Kemerdekaan  diadakan di Dewan Toh Puan Hajah Masniah. Selepas selesai acara Kemerdekaan, sambutan diteruskan dengan acara "kelas terbuka" Hari Raya Aidilfitri...