Tuesday 22 May 2012

Kem Waja Diri ke-15


Kem Waja Diri (KWD) buat pertama kalinya telah diadakan  pada tahun 1997. Kem ini merupakan aktiviti tahunan untuk kelas Persediaan Universiti (Tingkatan 6 Atas). KWD merupakan kursus yang dianjurkan oleh tenaga pengajar tingkatan 6 dengan kerjasama unit bimbingan dan kaunseling khusus untuk memberi motivasi dan suntikan semangat kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki STPM. Untuk tahun 2012, KWD telah diadakan di Kem Belia Pueh, Sematan dengan tema "STRIVE FOR EXCELLENCE"..















































Tuesday 8 May 2012

Pendaftaran Tingkatan 6 Rendah (8.5.2012)

Selamat datang diucapkan kepada pelajar-pelajar tingkatan 6 rendah sesi 2012/2013. Tahniah kerana anda telah terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat prauniversiti.