Saturday 9 November 2013

JAMUAN MAKAN MALAM PERTENO

Jamuan Makan Malam Pelajar Tingkatan Enam SMK Tun Openg atau PERTENO telah diadakan di Hotel Grand Continental, Kuching  pada 9 November 2013. Selain  meraikan pelajar Tingkatan Enam Atas yang telah menamatkan pengajian mereka di Program Tingkatan Enam 2012/2013, jamuan ini diadakan untuk menzahirkan ucapan terima kasih kepada para guru, khususnya guru-guru tingkatan 6 yang telah banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada para pelajar tingkatan 6 selama dua tahun ini. Seramai 21 orang guru dan 2 orang staf sokongan telah menghadiri jamuan tersebut. Bilangan pelajar yang hadir ialah seramai 68 orang.


















Friday 1 November 2013

MAJLIS RESTU ILMU 2013

Majlis Restu Ilmu untuk pelajar tingkatan 6 Atas telah diadakan pada hari terakhir persekolahan iaitu pada 1 November 2013, bertempat di Dewan Kuliah, SMK Tun Openg.














Wednesday 30 October 2013

MAJLIS GRADUASI & ANUGERAH CEMERLANG 2013

Majlis Graduasi & Anugerah Cemerlang 2013 telah diadakan pada 30 Oktober 2013 di Dewan Toh Puan Hajah Masniah, SMK Tun Openg. Tetamu Kehormat yang datang pada hari tersebut ialah YB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg. Pada tahun ini seramai 50 orang pelajar tingkatan 6 Atas telah layak bergraduasi dan menerima skrol masing-masing.