Friday 17 May 2013

MAJLIS PENUTUPAN MINGGU ORIENTASI 2013

Majlis Penutupan Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 6 Bawah 2013 telah disempurnakan oleh Puan Pengetua Cemerlang, Hajah Haminah binti Lek pada hari Jumaat, 17 Mei 2013 di Dewan Kuliah SMK Tun Openg. Kini, berakhirlah sudah Minggu Orientasi @ Suai Kenal pelajar tingkatan 6 bawah yang telah berlangsung selama hampir 2 minggu iaitu bermula dari 8-17 Mei 2013. Diharap selepas ini pelajar-pelajar tingkatan 6 bawah dapat meneruskan pengajian Prauniversiti mereka di SMK Tun Openg dengan semangat yang berkobar-kobar dan penuh iltizam.




Thursday 16 May 2013

SAMBUTAN HARI GURU 2013

Majlis sambutan Hari Guru 2013 yang bertemakan "Guru Malaysia : 1 Aspirasi 1 Agenda" telah diadakan pada 16 Mei 2013, bertempat di Dewan Toh Puan Hjh Masniah. Majlis ini telah dikendalikan oleh PERTENO (Persatuan Pelajar Tingkatan 6) dan MPP (Majlis Perwakilan Pelajar). Pelbagai acara dan persembahan telah diadakan oleh para pelajar bagi meraikan guru-guru. Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengah hari untuk guru-guru di Kantin Sekolah.


 

  




Wednesday 15 May 2013

MINGGU ORIENTASI 2013 : "PROGRAM MINDA CERGAS"

"Program Minda Cergas" merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan semasa Minggu Orientasi Tingkatan 6 Bawah. Program ini telah diadakan pada awal  pagi hari Rabu, 15 Mei 2013 di Dataran Perpaduan, SMK Tun Openg. Melalui program ini pelajar-pelajar tingkatan 6 Bawah telah mengadakan senaman secara beramai-ramai bersama-sama dengan Encik Wahab Wahidun dan En. Michael Endok. Selain itu, beberapa permainan seperti "helang mengejar anak ayam", "sangkar burung" dan sebagainya juga dijalankan. 










Tuesday 14 May 2013

MINGGU ORIENTASI 2013 : "SUKANEKA PERTENO"

Sukaneka PERTENO merupakan aktiviti tahunan yang dijalankan pada setiap kali  Minggu Orientasi Tingkatan 6 Bawah. Pada tahun ini, sukaneka tersebut telah diadakan pada sebelah petang, hari Selasa, 14 Mei 2013 di Dataran Perpaduan, SMK Tun Openg. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengeratkan tali silaturahim antara pelajar Tingkatan 6 Atas dan pelajar Tingkatan 6 Bawah.











Monday 13 May 2013

MINGGU ORIENTASI 2013 : "TEAM BUILDING "

Aktiviti "Team Building" merupakan salah satu aktiviti yang diadakan semasa Minggu Orientasi Tingkatan 6 Bawah 2013. Aktiviti ini telah diadakan pada 13 Mei 2013 dan dikendalikan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling, di bawah seliaan Encik Zamli bin Toti. Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut ialah membuat "Roda Gergasi" dan  "Kertas Ajaib".












Wednesday 8 May 2013

MINGGU ORIENTASI 2013 : PENDAFTARAN PELAJAR BARU

Pendaftaran pelajar Tingkatan 6 Bawah telah bermula pada hari Rabu,  8 Mei 2013, bertempat di Dewan Kuliah, SMK Tun Abang Haji Openg. Seramai 118 orang pelajar telah mendaftar untuk meneruskan pengajian di Tingkatan 6. Kebanyakan pelajar yang datang adalah dari SMK Tun Openg sendiri dan sekolah-sekolah berdekatan seperti SMK Bandar Semariang,  SMK Agama SHOAW dan  SMK Demak Baru.