Wednesday 12 November 2014

JAMUAN MAKAN MALAM TINGKATAN 6 / 2014

Jamuan Makan Malam Tingkatan 6 Atas pada tahun ini telah diadakan di Hotel Kuching Park pada 12 November 2014. Seramai 72 orang pelajar yang telah menamatkan pengajian mereka di Tingkatan 6, SMK Tun Openg  telah diraikan pada malam tersebut. Selain itu, majlis tersebut juga meraikan cikgu Michael Endok yang akan berpindah ke Baram pada tahun hadapan. Pelbagai acara yang meriah telah diadakan pada malam tersebut termasuklah acara menyambut hari jadi bagi guru dan pelajar yang lahir pada bulan November dan pemilihan "King" & "Queen" of the night.















Tuesday 4 November 2014

SUASANA MENJELANG PEPERIKSAAN STPM 2014

Peperiksaan STPM Penggal 3 telah bermula pada hari Selasa, 4 November 2014. Kebiasaannya, pada hari pertama peperiksaan, pelajar tingkatan 6 akan berkumpul di kantin sekolah untuk mengambil kedatangan dan bacaan doa sebelum memasuki dewan peperiksaan. 



Friday 31 October 2014

MAJLIS RESTU ILMU STPM 2014

Majlis Restu Ilmu bagi pelajar tingkatan 6 Atas telah diadakan pada 31 Oktober 2014 di Dewan Kuliah, SMK Tun Openg. Majlis ini dimulakan dengan taklimat peperiksaan oleh SU peperiksaan, cikgu Audrey Chin dan cikgu Chin Lee Yin. Majlis diteruskan dengan nyanyian Lagu Motivasi dan tayangan slide "Kenangan Terindah Prauniversiti TAHO". Seterusnya, majlis diserikan lagi dengan kata-kata amanat daripada Penolong Kanan Tingkatan 6, Pn. Hilda John dan guru-guru tingkatan 6. Akhir sekali, majlis diakhiri dengan acara restu ilmu dan bersalaman antara pelajar dan guru. Sesungguhnya Majlis Restu Ilmu pada tahun ini merupakan majlis yang paling "happening" dan mengharukan. Semoga anak-anak pelajar akan mengharungi peperiksaan STPM pada minggu hadapan dengan penuh ketenangan dan keyakinan.













Wednesday 29 October 2014

MAJLIS GRADUASI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN 2014

Majlis Graduasi dan Anugerah Kecemerlangan SMK Tun Abang Haji Openg telah berlangsung pada 29 Oktober 2014 di Dewan Toh Puan Hajah Masniah. Seramai 60 orang pelajar tingkatan 6 Atas telah layak bergraduasi dan menerima skrol masing-masing pada tahun ini. 
















Tuesday 30 September 2014

PAMERAN SENI VISUAL STPM

Pameran Seni Visual STPM telah diadakan di Bilik Seni, SMK Tun Openg pada 30 September 2014. Pameran tersebut merupakan salah satu syarat yang harus dipenuhi oleh pelajar-pelajar tingkatan 6 atas  yang mengambil mata pelajaran Seni Visual STPM. Pameran tersebut adalah di bawah seliaan puan Julia Yap dan telah dirasmikan oleh puan pengetua cemerlang, Hjh Haminah bt Lek.