Monday 20 January 2014

KEM WAJA DIRI KE-16 (16-19 Januari 2014)

Kem Waja Diri (KWD) merupakan aktiviti tahunan yang diilham dan dirangka khas oleh para guru Tingkatan 6 dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling  untuk melahirkan pelajar tingkatan 6 yang mempunyai daya juang yang tinggi, berkeyakinan dan  bersemangat waja dalam menempuh cabaran peperiksaan STPM.

Kem Waja Diri telah dimulakan sejak 16 tahun yang lalu, yakni bermula dari  tahun 1997. Kursus ini biasanya diadakan di Kem Belia Pueh, Sematan melainkan pada tahun 2009 dan 2010, KWD telah diadakan di Kem Alapong, Lundu dan Kampus Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Sepanjang 15 siri kem yang lepas, aktiviti dan modul yang dilaksanakan dalam KWD telah diubah mengikut kesesuaian tema, sasaran sekolah, tempat dan jumlah peserta.


Pada tahun ini, seiring dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dan hasrat kerajaan untuk melonjakkan semula martabat pengajian tingkatan enam sebagai laluan utama untuk menyambung pengajian di peringkat Universiti, sekali lagi guru-guru tingkatan 6 dan Unit Bimbingan & Kaunseling bercadang untuk mengadakan Kem Waja Diri ke-16 yang bertempat di Kem Belia Pueh, Sematan pada 16-19 Januari 2014. Tema yang dipilih pada tahun ini ialah "Achieve with all your might".