Tuesday 22 September 2015

BENGKEL PEMBINAAN BAKAT TUNAS REMAJA 2015

Bengkel Pembinaan Bakat Tunas Remaja 2015 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah diadakan di Golden Straits Villas, Port Dickson, Negeri Sembilan pada 19-22 September 2015. Antara objektif program ini adalah untuk mencungkil dan mengembangkan bakat pelajar dalam bidang penulisan kreatif seperti puisi dan prosa termasuk penulisan esei. Melalui program ini, setiap negeri di Malaysia, termasuk Wilayah Persekutuan Labuan dan Kuala Lumpur telah menghantar 4 orang peserta dan seorang guru pengiring untuk menyertai bengkel tersebut. Bagi negeri Sarawak, SMK Tun Abang Haji Openg telah terpilih untuk mewakili negeri ini dengan menghantar 4 orang peserta yang terdiri daripada pelajar tingkatan 6 Atas iaitu Rosmuadzam Hamizan bin Rosli, Mas-Syahada bin Kuswadi Kumar, Farah Amira binti Abdul Halim , Nur Shahirrah binti Abdul Zamrie dan guru pengiring, Puan Hilda Jalu ak John Mullie.








Thursday 20 August 2015

KOLOKIUM PENDIDIKAN GURU TINGKATAN 6

Kolokium Pendidikan Guru Tingkatan Enam  Peringkat Negeri Sarawak telah diadakan di Auditorium Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak pada 20 Ogos 2015. Seramai 31 orang pelajar tingkatan 6 Atas daripada SMK Tun Openg juga menghadiri Kolokium tersebut yang berlangsung daripada jam 8:00 pagi sehingga 5:00 petang. Puan Ramilah binti Boje, salah seorang daripada tenaga akademik tingkatan 6 di SMK Tun Openg telah diberi penghormatan untuk membentangkan Kajian Tindakan beliau yang bertajuk "Konfliks Majikan dan Pekerja" pada hari tersebut.










Thursday 6 August 2015

MAJLIS RAMAH TAMAH AIDILFITRI 2015

Majlis Ramah Tamah Aidilfitri peringkat SMK Tun Abang Haji Openg telah diadakan pada hari Khamis, 6 Ogos 2015. Pada tahun ini, sambutan Hari Raya diadakan di kelas-kelas dan guru-guru dijemput untuk menziarahi para pelajar dari kelas ke kelas.