Thursday 26 February 2015

PELUPUSAN KERJA KURSUS STPM

Pelupusan Kerja Kursus STPM bagi kohort pelajar tingkatan 6 Atas 2012/2013 telah dilaksanakan pada 26 Februari 2015 di bilik PBS SMK Tun Abang Haji Openg. Pelupusan tersebut melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu, Pengajian Am, KMK, Geografi, Sejarah, Pengajian Perniagaan dan Ekonomi. Kerja kursus berkenaan telah dilupuskan dengan menggunakan "Paper Shredder".


PROGRAM ASEAN KOMUNITI : PERTANDINGAN MEMASAK

Pertandingan Memasak antara unit-unit beruniform tingkatan 6 telah diadakan di Bilik ERT, SMK Tun Abang Haji Openg pada 26 Februari 2015. Aktiviti ini merupakan sebahagian daripada program Asean Komuniti yang dianjurkan oleh KPM.

















Saturday 14 February 2015

MAJLIS ENGAGEMENT BERSAMA IBU BAPA & PELAJAR

Majlis Engagement bersama ibu bapa & pelajar tingkatan 6 untuk pengoperasian pusat tingkatan 6 Mod 1 dan Mod 2 negeri Sarawak telah diadakan pada hari Sabtu, 14 Februari 2015 di Dewan TPH Masniah, SMK Tun Abang Haji Openg, Kuching. Majlis ini telah dihadiri oleh Penolong Pengarah SPS, SPA, SK2P, SPP, Pegawai PPD, YDP PIBG , pengetua-pengetua , guru-guru tingkatan 6 dan pelajar daripada SMK Petra Jaya, SMK Semerah Padi dan SMK Tun Openg.











Thursday 12 February 2015

SENAMROBIK TINGKATAN 6

Aktiviti Senamrobik anjuran Kelab Bola Tampar Tingkatan 6 telah diadakan pada 12 Februari 2015 di Dewan Toh Puan Hajah Masniah . Aktiviti tersebut juga disertai oleh Kelab Petanque Tingkatan 6 dan Kelab Futsal Tingkatan 6.








Wednesday 11 February 2015

PROGRAM -I THINK TINGKATAN 6

Program i-Think untuk pelajar tingkatan 6 telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling, SMK Tun Openg  pada 11 Februari 2015 di Dewan TPH Masniah, jam1:30-3:30 petang. Program ini merupakan sebahagian daripada aktiviti kokurikulum Tingkatan 6 dan telah dikendalikan oleh tenaga pengajar dari Kolej PTPL, Sarawak.