Thursday 20 August 2015

KOLOKIUM PENDIDIKAN GURU TINGKATAN 6

Kolokium Pendidikan Guru Tingkatan Enam  Peringkat Negeri Sarawak telah diadakan di Auditorium Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak pada 20 Ogos 2015. Seramai 31 orang pelajar tingkatan 6 Atas daripada SMK Tun Openg juga menghadiri Kolokium tersebut yang berlangsung daripada jam 8:00 pagi sehingga 5:00 petang. Puan Ramilah binti Boje, salah seorang daripada tenaga akademik tingkatan 6 di SMK Tun Openg telah diberi penghormatan untuk membentangkan Kajian Tindakan beliau yang bertajuk "Konfliks Majikan dan Pekerja" pada hari tersebut.










Thursday 6 August 2015

MAJLIS RAMAH TAMAH AIDILFITRI 2015

Majlis Ramah Tamah Aidilfitri peringkat SMK Tun Abang Haji Openg telah diadakan pada hari Khamis, 6 Ogos 2015. Pada tahun ini, sambutan Hari Raya diadakan di kelas-kelas dan guru-guru dijemput untuk menziarahi para pelajar dari kelas ke kelas.



















Wednesday 5 August 2015

AKTIVITI KOKURIKULUM TINGKATAN 6 : PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN

Pertandingan Persembahan Kebudayaan Negeri-negeri di Malaysia telah diadakan di Dewan Toh Puan Hjh Masniah pada  5 Ogos 2015, jam 1:30 hingga 4:30 petang. Pertandingan tersebut telah dianjurkan oleh Kelab Bahasa dan Kebudayaan Tingkatan 6 dan melibatkan penyertaan ketiga-ketiga Kelab dan Persatuan Tingkatan 6 iaitu Kelab Bahasa dan Kebudayaan, Kelab Media & Sosial serta Kelab Ekonomi dan Pengguna.