Tuesday 22 September 2015

BENGKEL PEMBINAAN BAKAT TUNAS REMAJA 2015

Bengkel Pembinaan Bakat Tunas Remaja 2015 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah diadakan di Golden Straits Villas, Port Dickson, Negeri Sembilan pada 19-22 September 2015. Antara objektif program ini adalah untuk mencungkil dan mengembangkan bakat pelajar dalam bidang penulisan kreatif seperti puisi dan prosa termasuk penulisan esei. Melalui program ini, setiap negeri di Malaysia, termasuk Wilayah Persekutuan Labuan dan Kuala Lumpur telah menghantar 4 orang peserta dan seorang guru pengiring untuk menyertai bengkel tersebut. Bagi negeri Sarawak, SMK Tun Abang Haji Openg telah terpilih untuk mewakili negeri ini dengan menghantar 4 orang peserta yang terdiri daripada pelajar tingkatan 6 Atas iaitu Rosmuadzam Hamizan bin Rosli, Mas-Syahada bin Kuswadi Kumar, Farah Amira binti Abdul Halim , Nur Shahirrah binti Abdul Zamrie dan guru pengiring, Puan Hilda Jalu ak John Mullie.