Sunday 19 April 2015

MAJLIS PENANGGUHAN PROGRAM PERKAMPUNGAN ILMU TINGKATAN 6

Majlis Penangguhan Program Perkampungan Ilmu Tingkatan 6, Fasa 1 telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Tingkatan 6, Puan Hilda Jalu anak John Mullie di Wisma Biro Wanita pada 19 April 2015. Seramai 60 orang peserta kem  dan 18 orang fasilitator telah menghadiri majlis tersebut. Semoga dengan berakhirnya program tersebut, segala ilmu yang telah dipelajari selama 3 hari 2 malam di Wisma Biro Wanita ini akan mendatangkan pelbagai manfaat kepada para anak didik Tingkatan 6, SMK Tun Abang Haji Openg.









Monday 13 April 2015

LAWATAN PENANDA ARAS SMK GHAFAR BABA, MELAKA

SMK Ghafar Baba, Masjid Tanah Melaka telah mengadakan lawatan Penanda Aras Tingkatan 6 ke SMK Tun Abang Haji Openg, Kuching pada 13 April 2015. Seramai 5 orang guru dan 9 orang pelajar telah menyertai lawatan tersebut dan rombongan tersebut telah diketuai oleh Puan Rafidah Rahmat.