Wednesday 21 September 2016

LAWATAN KE KAMPUS UNIMAS & UITM

Pada 21 September 2016, seramai 68 orang pelajar tingkatan 6 atas telah membuat lawatan sambil belajar ke kampus Unimas dan Uitm, Sarawak. Program ini merupakan aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling, SMK Tun Abang Haji Openg  bagi memberi suntikan semangat kepada pelajar tingkatan 6 atas untuk berusaha dengan gigih sehingga berjaya melangkah ke menara gading.