Wednesday 19 July 2017

MAJLIS PERSARAAN PENGETUA

Majlis persaraan pengetua SMK Tun Abang Haji Openg, Encik Abdul Radzak bin Ismail telah diadakan pada 19 Julai 2017 di Dewan Toh Puan Haji Masniah. Meskipun tempoh perkhidmatan beliau di SMK Tun Openg begitu singkat, yakni sekitar satu setengah tahun, namun kehadiran Encik Abdul Radzak ternyata begitu signifikan dan amat bermakna. Sesungguhnya di bawah kepimpinan beliau, pengajian tingkatan 6 di SMK Tun Openg telah melangkah setapak lagi ke arah pemartabatan dan pemerkasaan tingkatan 6 . Terima kasih tuan pengetua kerana telah merealisasikan impian pelajar & guru tingkatan 6 untuk memiliki premis tingkatan 6 yang tersendiri.


  








Saturday 13 May 2017

SANTAI "HI TEA" GURU TINGKATAN 6

Santai "Hi Tea" Guru-guru Tingkatan 6 telah diadakan di Imperial Garden Restaurant pada 13 Mei 2017. Majlis yang serba santai  ini diadakan bagi meraikan 3 orang guru yang akan bersara iaitu  Pengetua, Encik Abdul Radzak bin Ismail, Penolong Kanan Kokurikulum, Haji Zulkarnain Hassan dan guru mata pelajaran Ekonomi, Hajah Solwati Juhdi.












Wednesday 12 April 2017

PERASMIAN PREMIS TINGKATAN 6

Hari ini dalam sejarah... Premis Tingkatan 6, SMK Tun Abang Haji Openg telah dirasmikan pada 12 April 2017. Sejajar dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memartabatkan pendidikan di tingkatan 6, SMK Tun Abang Haji Openg di bawah pimpinan pengetua, Encik Abdul Radzak bin Ismail telah menyahut cabaran pemerkasaan  tersebut dengan menempatkan kelas tingkatan 6 ke premis yang berasingan mulai bulan Januari tahun 2017, yakni  ke bekas kabin Sekolah Seni Malaysia, Kuching. 














Wednesday 5 April 2017

PROJEK KECERIAAN PREMIS TINGKATAN 6

Projek Keceriaan & baik pulih Premis Tingkatan 6 telah diadakan bermula daripada bulan Januari sehingga April 2017. Pelbagai aktiviti keceriaan telah dijalankan seperti gotong-royong membersihkan persekitaran kabin, menghias kelas, membina taman batu (Rock garden) di hadapan kelas, melukis mural pada tembok Prauniversiti dan sebagainya.










Tuesday 28 February 2017

MAJLIS PENGUMUMAN RASMI KEPUTUSAN STPM 2016

Majlis Pengumuman Rasmi keputusan STPM 2016 telah diadakan di Dewan Toh Puan Hajah Masniah SMK Tun Abang Haji Openg pada 28 Februari 2017. Keputusan STPM pada kali ini telah menunjukkan peratus kelulusan yang amat membanggakan, yakni 100% lulus dengan Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 2.70. Seramai 21 daripada 68 orang calon telah berjaya memperoleh GPP melebihi 3.00. Tahniah & syabas kepada semua pelajar tingkatan 6 kohort 2016.