Wednesday 12 April 2017

PERASMIAN PREMIS TINGKATAN 6

Hari ini dalam sejarah... Premis Tingkatan 6, SMK Tun Abang Haji Openg telah dirasmikan pada 12 April 2017. Sejajar dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memartabatkan pendidikan di tingkatan 6, SMK Tun Abang Haji Openg di bawah pimpinan pengetua, Encik Abdul Radzak bin Ismail telah menyahut cabaran pemerkasaan  tersebut dengan menempatkan kelas tingkatan 6 ke premis yang berasingan mulai bulan Januari tahun 2017, yakni  ke bekas kabin Sekolah Seni Malaysia, Kuching. 














Wednesday 5 April 2017

PROJEK KECERIAAN PREMIS TINGKATAN 6

Projek Keceriaan & baik pulih Premis Tingkatan 6 telah diadakan bermula daripada bulan Januari sehingga April 2017. Pelbagai aktiviti keceriaan telah dijalankan seperti gotong-royong membersihkan persekitaran kabin, menghias kelas, membina taman batu (Rock garden) di hadapan kelas, melukis mural pada tembok Prauniversiti dan sebagainya.