Friday 23 November 2018

MAJLIS PERSARAAN CIKGU NIK LATIFAH

Majlis Persaraan Cikgu Nik Latifah binti Nik Salim, yakni guru mata pelajaran Pengajian Am Tingkatan 6 telah diraikan pada 23 November 2018 di Dewan TPH Masniah SMK Tun Abang Haji Openg. Cikgu Nik Latifah berasal dari Kuala Trengganu . Sebelum berpindah ke SMK Tun Abang Haji Openg pada 15 April 2014, beliau pernah berkhidmat di SMK Batu Lintang, SMB St. Joseph dan SMK Lopeng Tengah, Miri. Selain persaraan Cikgu Nik Latifah, turut diraikan pada majlis tersebut ialah  persaraan Cikgu Liaw, Cikgu Mary Yeoh, Cikgu Sylvia Law, Cikgu Lananan, Cikgu Norsiah, Cikgu Rasiah Ulis dan perpindahan Cikgu  Gelsion John & Ustaz Fadzli. 


















SLIDE PERSARAAN CIKGU NIK LATIFAH


Friday 9 November 2018

MAJLIS MAKAN MALAM PERTENO 2018

Majlis Makan Malam anjuran Persatuan Tingkatan 6 @ PERTENO diadakan di Hotel Riverside Majestic pada 9 November 2018. Majlis ini diadakan bagi meraikan pelajar-pelajar tingkatan 6 Semester 3 yang telah menamatkan pengajian mereka di tingkatan 6, SMK Tun Abang Haji Openg.  Tema yang dipilih pada tahun ini ialah "Glam & Glit".

















Saturday 27 October 2018

MAJLIS GRADUASI KALI KE-15

Majlis Graduasi Tingkatan Enam merupakan aktiviti tahunan yang diadakan oleh pihak sekolah sebagai tanda penghargaan kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya menamatkan pengajian di tingkatan enam. Sambutan majlis graduasi ini telah dimulakan di SMK Tun Abang Haji Openg sejak tahun 2003, yakni sejak 15 tahun yang lalu. Sesungguhnya, SMK Tun Abang Haji Openg merupakan perintis dan antara sekolah yang terawal memperkenalkan  tradisi sambutan Hari Graduasi untuk meraikan pelajar-pelajar tingkatan enam.

Oleh hal yang demikian, di bawah inisiatif Pemerkasaan Tingkatan Enam, unit pengurusan Tingkatan Enam SMK Tun Abang Haji Openg pada tahun 2018  telah sebulat suara bersetuju untuk mengadakan sambutan Majlis Graduasi kali ke-15 di Hotel Grand Dormani, Rajah Court, Kuching. Seramai 111 orang pelajar Tingkatan 6 Semester 3 diraikan dalam majlis tersebut.












Friday 5 October 2018

SESI FOTOGRAFI- GAMBAR KELAS

KELAS 6 ANGSANA SEM 3
KELAS 6 BAKAWALI SEM 3
KELAS 6 CEMPAKA SEM 3
KELAS 6 DAHLIA SEM 3

Thursday 20 September 2018

MAJLIS PERSARAAN CIKGU OTHMAN BIN SABLI

Majlis Sanjungan Budi @ Persaraan cikgu Othman Sabli telah diadakan pada 20 September 2018 di Dewan TPH Masniah. Cikgu Othman merupakan salah seorang daripada guru Bahasa Melayu Tingkatan 6 SMK Tun Abang Haji Openg.