Thursday 29 August 2013

SAMBUTAN KEMERDEKAAN 2013

Sambutan Kemerdekaan ke-56 peringkat sekolah telah diadakan di Dewan Toh Puan Hjh Masniah pada 29 Ogos 2013. Pelbagai acara telah diadakan bagi memeriahkan sambutan hari  tersebut seperti tayangan slide kemerdekaan, pengibaran jalur gemilang, nyanyian patriotik, persembahan kebudayaan dan pertandingan laungan kemerdekaan oleh wakil pelajar.



  






Wednesday 28 August 2013

KEJOHANAN SUKAN & OLAHRAGA SEKOLAH

Kejohanan Sukan dan Olahraga sekolah ke-33 telah diadakan selama dua hari berturut-turut iaitu pada 27 hingga 28 Ogos 2013 di Stadium Negeri, Kuching. Pada tahun ini , buat pertama kalinya acara khas untuk pelajar tingkatan 6 iaitu acara larian 100m, 200m, 400m, 4x100m, lontar peluru, lempar cakera dan rejam lembing telah diadakan.

 







Thursday 22 August 2013

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Pada 22 Ogos 2013, seramai 70 orang pelajar tingkatan 6 Atas, SMK Tun Openg telah membuat lawatan sambil belajar ke Kampus Universiti Malaysia Sarawak @ Unimas dan Universiti Teknologi Mara @ Uitm Samarahan, Kuching. Selain untuk melihat persekitaran kampus, lawatan ini juga bertujuan untuk memberi suntikan semangat kepada para pelajar agar berusaha bersungguh-sungguh untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat universiti.