Monday 29 April 2019

PERSARAAN CIKGU SAPIAH BINTI ISSA


Majlis Persaraan Puan Sapiah binti Issa telah diadakan pada 29 April 2019 di Dewan TPH Maniah, SMK Tun Abang Haji Openg. Puan Sapiah merupakan Penolong Kanan Tingkatan 6 dan guru mata pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Enam.





























Friday 12 April 2019

LAWATAN PENANDA ARAS SMK SERI MEDAN & SMK DATIN ONN JAAFAR

Pada 12 April 2019, rombongan daripada SMK Seri Medan & SMK Datin Onn Jaafar telah melawat Pusat Tingkatan 6 SMK Tun Abang Haji Openg. Selain  mengeratkan hubungan silaturahim, lawatan tersebut juga bertujuan untuk perkongsian ilmu tentang pengurusan Tingkatan 6.




















Saturday 6 April 2019

KEM WAJA DIRI 2019

Kem Waja Diri (KWD) merupakan aktiviti tahunan yang diilham dan dirangka khas oleh guru-guru tingkatan 6 dengan kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling untuk melahirkan pelajar tingkatan 6 yang mempunyai daya juang yang tinggi, berkeyakinan dan bersemangat waja dalam menempuh pelbagai cabaran peperiksaan STPM.  Kem ini telah dimulakan sejak tahun 1997 dan biasanya diadakan di Kem Belia Pueh, Sematan melainkan pada tahun 2009 dan 2010, KWD telah diadakan di Kem Alapong, Lundu dan kampus Unimas. Sepanjang 18 siri  kem yang lepas, aktiviti dan modul yang di-laksanakan dalam KWD telah diubah mengikut kesesuaian tema, sasaran sekolah, tempat dan jumlah peserta.  Pada tahun ini, objektif yang ingin dicapai ialah merealisasikan sasaran STPM 2019 iaitu ( 1) Kelulusan 100% (2) Sekurang-kurangnya 10 orang pelajar mendapat minimum tiga prinsipal A dan  (3)Mendapat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 2.75