Wednesday, 15 May 2013

MINGGU ORIENTASI 2013 : "PROGRAM MINDA CERGAS"

"Program Minda Cergas" merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan semasa Minggu Orientasi Tingkatan 6 Bawah. Program ini telah diadakan pada awal  pagi hari Rabu, 15 Mei 2013 di Dataran Perpaduan, SMK Tun Openg. Melalui program ini pelajar-pelajar tingkatan 6 Bawah telah mengadakan senaman secara beramai-ramai bersama-sama dengan Encik Wahab Wahidun dan En. Michael Endok. Selain itu, beberapa permainan seperti "helang mengejar anak ayam", "sangkar burung" dan sebagainya juga dijalankan. 










Tuesday, 14 May 2013

MINGGU ORIENTASI 2013 : "SUKANEKA PERTENO"

Sukaneka PERTENO merupakan aktiviti tahunan yang dijalankan pada setiap kali  Minggu Orientasi Tingkatan 6 Bawah. Pada tahun ini, sukaneka tersebut telah diadakan pada sebelah petang, hari Selasa, 14 Mei 2013 di Dataran Perpaduan, SMK Tun Openg. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengeratkan tali silaturahim antara pelajar Tingkatan 6 Atas dan pelajar Tingkatan 6 Bawah.











Monday, 13 May 2013

MINGGU ORIENTASI 2013 : "TEAM BUILDING "

Aktiviti "Team Building" merupakan salah satu aktiviti yang diadakan semasa Minggu Orientasi Tingkatan 6 Bawah 2013. Aktiviti ini telah diadakan pada 13 Mei 2013 dan dikendalikan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling, di bawah seliaan Encik Zamli bin Toti. Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut ialah membuat "Roda Gergasi" dan  "Kertas Ajaib".












Wednesday, 8 May 2013

MINGGU ORIENTASI 2013 : PENDAFTARAN PELAJAR BARU

Pendaftaran pelajar Tingkatan 6 Bawah telah bermula pada hari Rabu,  8 Mei 2013, bertempat di Dewan Kuliah, SMK Tun Abang Haji Openg. Seramai 118 orang pelajar telah mendaftar untuk meneruskan pengajian di Tingkatan 6. Kebanyakan pelajar yang datang adalah dari SMK Tun Openg sendiri dan sekolah-sekolah berdekatan seperti SMK Bandar Semariang,  SMK Agama SHOAW dan  SMK Demak Baru. 






Monday, 18 March 2013

PENGUMUMAN RASMI KEPUTUSAN STPM 2012

Majlis Pengumuman Rasmi Keputusan STPM telah diadakan pada 18 Mac 2013 di Dewan TPH Masniah, SMK Tun Openg. Pada tahun ini, SMK Tun Openg telah mendapat peratus kelulusan sebanyak 95.18% dan 11 orang pelajar telah mendapat PNGK melebihi 3.00. Pelajar terbaik pada tahun ini ialah Evinarti binti Ghani, Halimatus Saadiah binti Yahya dan Nadia binti Jumil.











Wednesday, 6 February 2013

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2013










Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan pada 6 Februari 2013 bertempat di Dewan Toh Puan Hajah Masniah, SMK Tun Openg. Tema sambutan tahun ini ialah "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah". Antara aktiviti yang diadakan untuk memeriahkan hari tersebut ialah Pertandingan Nasyid, Pertandingan Melukis Sepanduk dan perarakan membawa spanduk unit-unit beruniform.