Peperiksaan STPM Penggal 3 telah bermula pada hari Selasa, 4 November 2014. Kebiasaannya, pada hari pertama peperiksaan, pelajar tingkatan 6 akan berkumpul di kantin sekolah untuk mengambil kedatangan dan bacaan doa sebelum memasuki dewan peperiksaan.
Tuesday, 4 November 2014
Friday, 31 October 2014
MAJLIS RESTU ILMU STPM 2014
Majlis Restu Ilmu bagi pelajar tingkatan 6 Atas telah diadakan pada 31 Oktober 2014 di Dewan Kuliah, SMK Tun Openg. Majlis ini dimulakan dengan taklimat peperiksaan oleh SU peperiksaan, cikgu Audrey Chin dan cikgu Chin Lee Yin. Majlis diteruskan dengan nyanyian Lagu Motivasi dan tayangan slide "Kenangan Terindah Prauniversiti TAHO". Seterusnya, majlis diserikan lagi dengan kata-kata amanat daripada Penolong Kanan Tingkatan 6, Pn. Hilda John dan guru-guru tingkatan 6. Akhir sekali, majlis diakhiri dengan acara restu ilmu dan bersalaman antara pelajar dan guru. Sesungguhnya Majlis Restu Ilmu pada tahun ini merupakan majlis yang paling "happening" dan mengharukan. Semoga anak-anak pelajar akan mengharungi peperiksaan STPM pada minggu hadapan dengan penuh ketenangan dan keyakinan.
Wednesday, 29 October 2014
MAJLIS GRADUASI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN 2014
Majlis Graduasi dan Anugerah Kecemerlangan SMK Tun Abang Haji Openg telah berlangsung pada 29 Oktober 2014 di Dewan Toh Puan Hajah Masniah. Seramai 60 orang pelajar tingkatan 6 Atas telah layak bergraduasi dan menerima skrol masing-masing pada tahun ini.
Tuesday, 30 September 2014
PAMERAN SENI VISUAL STPM
Pameran Seni Visual STPM telah diadakan di Bilik Seni, SMK Tun Openg pada 30 September 2014. Pameran tersebut merupakan salah satu syarat yang harus dipenuhi oleh pelajar-pelajar tingkatan 6 atas yang mengambil mata pelajaran Seni Visual STPM. Pameran tersebut adalah di bawah seliaan puan Julia Yap dan telah dirasmikan oleh puan pengetua cemerlang, Hjh Haminah bt Lek.
Friday, 5 September 2014
PENGGUNAAN PAKAIAN "SMART CASUAL" TINGKATAN 6
Penggunaan pakaian "smart casual" SMK Tun Openg telah berkuat kuasa mulai 5 September 2014. Walau bagaimanapun, penggunaan pakaian tersebut hanya dibenarkan pada hari Jumaat dan tertakluk kepada peraturan-peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Unit HEM Tingkatan 6, SMK Tun Openg.
Subscribe to:
Posts (Atom)