Pertandingan Memasak antara unit-unit beruniform tingkatan 6 telah diadakan di Bilik ERT, SMK Tun Abang Haji Openg pada 26 Februari 2015. Aktiviti ini merupakan sebahagian daripada program Asean Komuniti yang dianjurkan oleh KPM.
Thursday, 26 February 2015
Saturday, 14 February 2015
MAJLIS ENGAGEMENT BERSAMA IBU BAPA & PELAJAR
Majlis Engagement bersama ibu bapa & pelajar tingkatan 6 untuk pengoperasian pusat tingkatan 6 Mod 1 dan Mod 2 negeri Sarawak telah diadakan pada hari Sabtu, 14 Februari 2015 di Dewan TPH Masniah, SMK Tun Abang Haji Openg, Kuching. Majlis ini telah dihadiri oleh Penolong Pengarah SPS, SPA, SK2P, SPP, Pegawai PPD, YDP PIBG , pengetua-pengetua , guru-guru tingkatan 6 dan pelajar daripada SMK Petra Jaya, SMK Semerah Padi dan SMK Tun Openg.
Thursday, 12 February 2015
SENAMROBIK TINGKATAN 6
Aktiviti Senamrobik anjuran Kelab Bola Tampar Tingkatan 6 telah diadakan pada 12 Februari 2015 di Dewan Toh Puan Hajah Masniah . Aktiviti tersebut juga disertai oleh Kelab Petanque Tingkatan 6 dan Kelab Futsal Tingkatan 6.
Wednesday, 11 February 2015
PROGRAM -I THINK TINGKATAN 6
Program i-Think untuk pelajar tingkatan 6 telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling, SMK Tun Openg pada 11 Februari 2015 di Dewan TPH Masniah, jam1:30-3:30 petang. Program ini merupakan sebahagian daripada aktiviti kokurikulum Tingkatan 6 dan telah dikendalikan oleh tenaga pengajar dari Kolej PTPL, Sarawak.
Wednesday, 12 November 2014
JAMUAN MAKAN MALAM TINGKATAN 6 / 2014
Jamuan Makan Malam Tingkatan 6 Atas pada tahun ini telah diadakan di Hotel Kuching Park pada 12 November 2014. Seramai 72 orang pelajar yang telah menamatkan pengajian mereka di Tingkatan 6, SMK Tun Openg telah diraikan pada malam tersebut. Selain itu, majlis tersebut juga meraikan cikgu Michael Endok yang akan berpindah ke Baram pada tahun hadapan. Pelbagai acara yang meriah telah diadakan pada malam tersebut termasuklah acara menyambut hari jadi bagi guru dan pelajar yang lahir pada bulan November dan pemilihan "King" & "Queen" of the night.
Tuesday, 4 November 2014
SUASANA MENJELANG PEPERIKSAAN STPM 2014
Peperiksaan STPM Penggal 3 telah bermula pada hari Selasa, 4 November 2014. Kebiasaannya, pada hari pertama peperiksaan, pelajar tingkatan 6 akan berkumpul di kantin sekolah untuk mengambil kedatangan dan bacaan doa sebelum memasuki dewan peperiksaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)