Pada 12 April 2019, rombongan daripada SMK Seri Medan & SMK Datin Onn Jaafar telah melawat Pusat Tingkatan 6 SMK Tun Abang Haji Openg. Selain mengeratkan hubungan silaturahim, lawatan tersebut juga bertujuan untuk perkongsian ilmu tentang pengurusan Tingkatan 6.
Friday, 12 April 2019
LAWATAN PENANDA ARAS SMK SERI MEDAN & SMK DATIN ONN JAAFAR
Saturday, 6 April 2019
KEM WAJA DIRI 2019
Kem Waja Diri (KWD) merupakan aktiviti tahunan yang diilham dan dirangka khas oleh guru-guru tingkatan 6 dengan kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling untuk melahirkan pelajar tingkatan 6 yang mempunyai daya juang yang tinggi, berkeyakinan dan bersemangat waja dalam menempuh pelbagai cabaran peperiksaan STPM. Kem ini telah dimulakan sejak tahun 1997 dan biasanya diadakan di Kem Belia Pueh, Sematan melainkan pada tahun 2009 dan 2010, KWD telah diadakan di Kem Alapong, Lundu dan kampus Unimas. Sepanjang 18 siri kem yang lepas, aktiviti dan modul yang di-laksanakan dalam KWD telah diubah mengikut kesesuaian tema, sasaran sekolah, tempat dan jumlah peserta. Pada tahun ini, objektif yang ingin dicapai ialah merealisasikan sasaran STPM 2019 iaitu ( 1) Kelulusan 100% (2) Sekurang-kurangnya 10 orang pelajar mendapat minimum tiga prinsipal A dan (3)Mendapat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 2.75
Monday, 11 March 2019
MAJLIS PENGUMUMAN RASMI KEPUTUSAN STPM 2018
Majlis Pengumuman Rasmi keputusan STPM 2018 telah diumumkan pada 11 Mac 2019 di Dewan TPH Masniah, SMK Tun Abang Haji Openg.
Subscribe to:
Posts (Atom)