Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah telah disambut dengan begitu meriah di persekitaran Dewan Toh Puan Hjh Masniah pada hari Sabtu, 7 September 2013. Pada hari tersebut, semua warga sekolah tidak mengira bangsa dan agama telah menggayakan baju raya yang cantik dan berwarna-warni. Selain itu, bagi memeriahkan suasana, setiap kelas telah membawa pelbagai juadah untuk dinikmati oleh para guru dan pelajar SMK TAHO.
Saturday, 7 September 2013
Thursday, 29 August 2013
SAMBUTAN KEMERDEKAAN 2013
Sambutan Kemerdekaan ke-56 peringkat sekolah telah diadakan di Dewan Toh Puan Hjh Masniah pada 29 Ogos 2013. Pelbagai acara telah diadakan bagi memeriahkan sambutan hari tersebut seperti tayangan slide kemerdekaan, pengibaran jalur gemilang, nyanyian patriotik, persembahan kebudayaan dan pertandingan laungan kemerdekaan oleh wakil pelajar.
Wednesday, 28 August 2013
KEJOHANAN SUKAN & OLAHRAGA SEKOLAH
Kejohanan Sukan dan Olahraga sekolah ke-33 telah diadakan selama dua hari berturut-turut iaitu pada 27 hingga 28 Ogos 2013 di Stadium Negeri, Kuching. Pada tahun ini , buat pertama kalinya acara khas untuk pelajar tingkatan 6 iaitu acara larian 100m, 200m, 400m, 4x100m, lontar peluru, lempar cakera dan rejam lembing telah diadakan.
Thursday, 22 August 2013
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Pada 22 Ogos 2013, seramai 70 orang pelajar tingkatan 6 Atas, SMK Tun Openg telah membuat lawatan sambil belajar ke Kampus Universiti Malaysia Sarawak @ Unimas dan Universiti Teknologi Mara @ Uitm Samarahan, Kuching. Selain untuk melihat persekitaran kampus, lawatan ini juga bertujuan untuk memberi suntikan semangat kepada para pelajar agar berusaha bersungguh-sungguh untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat universiti.
Monday, 29 July 2013
HARI KOPERASI 2013
Hari Koperasi SMK Tun Openg telah dilancarkan pada 26 Jun 2013 di Dewan Toh Puan Hajah Masniah dan dirasmikan oleh Pengetua Cemerlang, Pn. Hjh Haminah bt Lek. Tema hari Koperasi pada tahun ini ialah "Bersatu Untuk Persekitaran Sejagat".Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memeriahkan sambutan Hari Koperasi, antaranya Pertandingan nyanyian,pertandingan melukis, "fesyen show" kanak-kanak, jualan gerai dan sebagainya.
Saturday, 22 June 2013
KEJOHANAN SUKAN TINGKATAN 6
Kejohanan Sukan Tingkatan 6 peringkat bahagian Kuching buat julung-julung kalinya telah diadakan pada 22 Jun 2013. Kejohanan ini telah dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Kuching, Padawan, Bau dan Lundu di beberapa buah sekolah yang terpilih. Antara acara yang dipertandingkan ialah Pertandingan Futsal, Bola Jaring dan Bola Tampar. Dalam pertandingan Futsal, pasukan dari SMK TAHO telah mendapat naib Johan sementara pasukan bola jaring pula berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir. Bagi pasukan Bola Tampar lelaki pula, SMK TAHO mendapat tempat ketiga dalam kumpulan namun gagal masuk ke peringkat Suku Akhir. Pasukan Bola Tampar kategori perempuan pula menjadi naib johan secara keseluruhan.
Subscribe to:
Posts (Atom)