Wednesday, 30 October 2013

MAJLIS GRADUASI & ANUGERAH CEMERLANG 2013

Majlis Graduasi & Anugerah Cemerlang 2013 telah diadakan pada 30 Oktober 2013 di Dewan Toh Puan Hajah Masniah, SMK Tun Openg. Tetamu Kehormat yang datang pada hari tersebut ialah YB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg. Pada tahun ini seramai 50 orang pelajar tingkatan 6 Atas telah layak bergraduasi dan menerima skrol masing-masing.
























Saturday, 7 September 2013

SAMBUTAN HARI RAYA 2013

Sambutan Hari Raya  Aidilfitri peringkat sekolah telah disambut dengan begitu meriah di persekitaran Dewan Toh Puan Hjh Masniah  pada hari Sabtu, 7 September 2013. Pada hari tersebut, semua warga sekolah tidak mengira bangsa dan agama telah menggayakan baju raya yang cantik dan berwarna-warni. Selain itu, bagi memeriahkan suasana, setiap kelas telah  membawa pelbagai juadah untuk dinikmati oleh para guru dan pelajar SMK TAHO.





  








Thursday, 29 August 2013

SAMBUTAN KEMERDEKAAN 2013

Sambutan Kemerdekaan ke-56 peringkat sekolah telah diadakan di Dewan Toh Puan Hjh Masniah pada 29 Ogos 2013. Pelbagai acara telah diadakan bagi memeriahkan sambutan hari  tersebut seperti tayangan slide kemerdekaan, pengibaran jalur gemilang, nyanyian patriotik, persembahan kebudayaan dan pertandingan laungan kemerdekaan oleh wakil pelajar.



  






Wednesday, 28 August 2013

KEJOHANAN SUKAN & OLAHRAGA SEKOLAH

Kejohanan Sukan dan Olahraga sekolah ke-33 telah diadakan selama dua hari berturut-turut iaitu pada 27 hingga 28 Ogos 2013 di Stadium Negeri, Kuching. Pada tahun ini , buat pertama kalinya acara khas untuk pelajar tingkatan 6 iaitu acara larian 100m, 200m, 400m, 4x100m, lontar peluru, lempar cakera dan rejam lembing telah diadakan.