Saturday, 28 June 2014

HARI MUAFAKAT & PASARIA PIBG

Hari Muafakat dan Pasaria PIBG SMK Tun Openg  telah diadakan pada hari Sabtu, 28 Jun 2014. Seawal jam 7:30 pagi, persekitaran sekolah telah dipenuhi oleh ibu bapa dan para pelajar yang datang untuk mengambil kad laporan akademik  daripada guru  tingkatan masing-masing. Selepas itu, ibu bapa dan pelajar berpeluang untuk mengunjungi gerai-gerai pasaria PIBG yang dibuka di sepanjang koridor menuju ke Dewan Toh Puan Hjh Masniah.






Friday, 16 May 2014

SAMBUTAN HARI GURU 2014

Sambutan Hari Guru 2014 telah diadakan pada hari Jumaat, 16 Mei 2014  di Dewan Toh Puan Hajah Masniah, SMK Tun Openg. Sambutan hari guru pada tahun ini begitu meriah dan diwarnai oleh pelbagai persembahan menarik daripada pelajar. Terima Kasih kepada Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan 6 yang diketuai oleh Harris Lilon dan Lembaga Pengawas Sekolah yang diketuai oleh Mohd. Akmal yang telah berkerja keras menjayakan sambutan Hari Guru pada tahun ini.










Wednesday, 9 April 2014

PERTANDINGAN MEMASAK ANEKA MEE

Pertandingan memasak aneka mee telah dianjurkan oleh Unit Kokurikulum Tingkatan 6 SMK Tun Abang Haji Openg pada 9 April 2014 di Makmal ERT sekolah. Pertandingan tersebut telah disertai oleh unit beruniform PBSM, Kadet Polis dan Pengakap.

















Wednesday, 19 March 2014

MAJLIS PENGUMUMAN RASMI KEPUTUSAN STPM 2013

Majlis Pengumuman Rasmi Keputusan STPM 2013 telah diadakan pada 19 Mac 2014 di Dewan Toh Puan Hajah Masniah.


  













Saturday, 15 March 2014

KEJOHANAN RENTAS DESA

Kejohanan Rentas Desa antara rumah sukan SMK Tun Openg telah diadakan pada hari Sabtu, 15 Mac 2014.