Majlis Pengumuman Rasmi keputusan STPM 2016 telah diadakan di Dewan Toh Puan Hajah Masniah SMK Tun Abang Haji Openg pada 28 Februari 2017. Keputusan STPM pada kali ini telah menunjukkan peratus kelulusan yang amat membanggakan, yakni 100% lulus dengan Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 2.70. Seramai 21 daripada 68 orang calon telah berjaya memperoleh GPP melebihi 3.00. Tahniah & syabas kepada semua pelajar tingkatan 6 kohort 2016.
Tuesday, 28 February 2017
Wednesday, 21 September 2016
LAWATAN KE KAMPUS UNIMAS & UITM
Pada 21 September 2016, seramai 68 orang pelajar tingkatan 6 atas telah membuat lawatan sambil belajar ke kampus Unimas dan Uitm, Sarawak. Program ini merupakan aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling, SMK Tun Abang Haji Openg bagi memberi suntikan semangat kepada pelajar tingkatan 6 atas untuk berusaha dengan gigih sehingga berjaya melangkah ke menara gading.
Wednesday, 28 October 2015
Tuesday, 22 September 2015
BENGKEL PEMBINAAN BAKAT TUNAS REMAJA 2015
Bengkel Pembinaan Bakat Tunas Remaja 2015 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah diadakan di Golden Straits Villas, Port Dickson, Negeri Sembilan pada 19-22 September 2015. Antara objektif program ini adalah untuk mencungkil dan mengembangkan bakat pelajar dalam bidang penulisan kreatif seperti puisi dan prosa termasuk penulisan esei. Melalui program ini, setiap negeri di Malaysia, termasuk Wilayah Persekutuan Labuan dan Kuala Lumpur telah menghantar 4 orang peserta dan seorang guru pengiring untuk menyertai bengkel tersebut. Bagi negeri Sarawak, SMK Tun Abang Haji Openg telah terpilih untuk mewakili negeri ini dengan menghantar 4 orang peserta yang terdiri daripada pelajar tingkatan 6 Atas iaitu Rosmuadzam Hamizan bin Rosli, Mas-Syahada bin Kuswadi Kumar, Farah Amira binti Abdul Halim , Nur Shahirrah binti Abdul Zamrie dan guru pengiring, Puan Hilda Jalu ak John Mullie.
Thursday, 20 August 2015
KOLOKIUM PENDIDIKAN GURU TINGKATAN 6
Kolokium Pendidikan Guru Tingkatan Enam Peringkat Negeri Sarawak telah diadakan di Auditorium Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak pada 20 Ogos 2015. Seramai 31 orang pelajar tingkatan 6 Atas daripada SMK Tun Openg juga menghadiri Kolokium tersebut yang berlangsung daripada jam 8:00 pagi sehingga 5:00 petang. Puan Ramilah binti Boje, salah seorang daripada tenaga akademik tingkatan 6 di SMK Tun Openg telah diberi penghormatan untuk membentangkan Kajian Tindakan beliau yang bertajuk "Konfliks Majikan dan Pekerja" pada hari tersebut.
Thursday, 6 August 2015
MAJLIS RAMAH TAMAH AIDILFITRI 2015
Majlis Ramah Tamah Aidilfitri peringkat SMK Tun Abang Haji Openg telah diadakan pada hari Khamis, 6 Ogos 2015. Pada tahun ini, sambutan Hari Raya diadakan di kelas-kelas dan guru-guru dijemput untuk menziarahi para pelajar dari kelas ke kelas.
Subscribe to:
Posts (Atom)