Wednesday, 28 February 2018
Saturday, 10 February 2018
GOTONG-ROYONG PERDANA
Program Gotong Royong Perdana anjuran PIBG SMK Tun Abang Haji Openg telah diadakan pada hari Sabtu, 10 Februari 2018. Selain mengeratkan hubungan silaturahim antara ibu bapa, pelajar dan guru, program ini juga bertujuan untuk membaik pulih prasarana sekolah, sekali gus membersih serta menceriakan kawasan sekolah.
Wednesday, 10 January 2018
AKTIVITI KOKURIKULUM TINGKATAN 6
Unit Beruniform Tingkatan 6 SMK Tun Abang Haji Openg terdiri daripada Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), Persatuan Pengakap dan Persatuan Kadet Bomba . Perjumpaan kokurikulum biasanya diadakan pada petang Rabu yakni dari pukul 1:30 hingga 4:00 petang. Berikut ialah sebahagian daripada aktiviti yang telah dijalankan pada 10 Januari 2018.
Wednesday, 19 July 2017
MAJLIS PERSARAAN PENGETUA
Majlis persaraan pengetua SMK Tun Abang Haji Openg, Encik Abdul Radzak bin Ismail telah diadakan pada 19 Julai 2017 di Dewan Toh Puan Haji Masniah. Meskipun tempoh perkhidmatan beliau di SMK Tun Openg begitu singkat, yakni sekitar satu setengah tahun, namun kehadiran Encik Abdul Radzak ternyata begitu signifikan dan amat bermakna. Sesungguhnya di bawah kepimpinan beliau, pengajian tingkatan 6 di SMK Tun Openg telah melangkah setapak lagi ke arah pemartabatan dan pemerkasaan tingkatan 6 . Terima kasih tuan pengetua kerana telah merealisasikan impian pelajar & guru tingkatan 6 untuk memiliki premis tingkatan 6 yang tersendiri.
Saturday, 13 May 2017
SANTAI "HI TEA" GURU TINGKATAN 6
Santai "Hi Tea" Guru-guru Tingkatan 6 telah diadakan di Imperial Garden Restaurant pada 13 Mei 2017. Majlis yang serba santai ini diadakan bagi meraikan 3 orang guru yang akan bersara iaitu Pengetua, Encik Abdul Radzak bin Ismail, Penolong Kanan Kokurikulum, Haji Zulkarnain Hassan dan guru mata pelajaran Ekonomi, Hajah Solwati Juhdi.
Wednesday, 12 April 2017
PERASMIAN PREMIS TINGKATAN 6
Hari ini dalam sejarah... Premis Tingkatan 6, SMK Tun Abang Haji Openg telah dirasmikan pada 12 April 2017. Sejajar dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk
memartabatkan pendidikan di tingkatan 6, SMK Tun Abang Haji Openg di bawah
pimpinan pengetua, Encik Abdul Radzak bin Ismail telah menyahut cabaran
pemerkasaan tersebut dengan menempatkan
kelas tingkatan 6 ke premis yang berasingan mulai bulan Januari tahun 2017, yakni ke bekas kabin Sekolah Seni Malaysia,
Kuching.

Subscribe to:
Posts (Atom)