Saturday, 27 October 2018

MAJLIS GRADUASI KALI KE-15

Majlis Graduasi Tingkatan Enam merupakan aktiviti tahunan yang diadakan oleh pihak sekolah sebagai tanda penghargaan kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya menamatkan pengajian di tingkatan enam. Sambutan majlis graduasi ini telah dimulakan di SMK Tun Abang Haji Openg sejak tahun 2003, yakni sejak 15 tahun yang lalu. Sesungguhnya, SMK Tun Abang Haji Openg merupakan perintis dan antara sekolah yang terawal memperkenalkan  tradisi sambutan Hari Graduasi untuk meraikan pelajar-pelajar tingkatan enam.

Oleh hal yang demikian, di bawah inisiatif Pemerkasaan Tingkatan Enam, unit pengurusan Tingkatan Enam SMK Tun Abang Haji Openg pada tahun 2018  telah sebulat suara bersetuju untuk mengadakan sambutan Majlis Graduasi kali ke-15 di Hotel Grand Dormani, Rajah Court, Kuching. Seramai 111 orang pelajar Tingkatan 6 Semester 3 diraikan dalam majlis tersebut.












Friday, 5 October 2018

SESI FOTOGRAFI- GAMBAR KELAS

KELAS 6 ANGSANA SEM 3
KELAS 6 BAKAWALI SEM 3
KELAS 6 CEMPAKA SEM 3
KELAS 6 DAHLIA SEM 3

Thursday, 20 September 2018

MAJLIS PERSARAAN CIKGU OTHMAN BIN SABLI

Majlis Sanjungan Budi @ Persaraan cikgu Othman Sabli telah diadakan pada 20 September 2018 di Dewan TPH Masniah. Cikgu Othman merupakan salah seorang daripada guru Bahasa Melayu Tingkatan 6 SMK Tun Abang Haji Openg.













Wednesday, 19 September 2018

PAMERAN SENI VISUAL 2018

Pameran Seni Visual 2018 telah diadakan di Dewan TPH Masniah pada 19 September 2018.  Pameran tersebut merupakan salah satu syarat yang harus dipenuhi oleh pelajar-pelajar tingkatan 6 Semester 3 yang mengambil mata pelajaran Seni Visual STPM. Pameran tersebut telah dianjurkan oleh pelajar-pelajar Tingkatan 6 Cempaka, dibawah seliaan Puan Julia Yap.








Wednesday, 15 August 2018

GALA SENI TINGKATAN 6

Berikut ialah aktiviti Kokurikulum "Gala Seni Tingkatan 6" yang diadakan pada 15 Ogos 2018