Friday 17 May 2013

MAJLIS PENUTUPAN MINGGU ORIENTASI 2013

Majlis Penutupan Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 6 Bawah 2013 telah disempurnakan oleh Puan Pengetua Cemerlang, Hajah Haminah binti Lek pada hari Jumaat, 17 Mei 2013 di Dewan Kuliah SMK Tun Openg. Kini, berakhirlah sudah Minggu Orientasi @ Suai Kenal pelajar tingkatan 6 bawah yang telah berlangsung selama hampir 2 minggu iaitu bermula dari 8-17 Mei 2013. Diharap selepas ini pelajar-pelajar tingkatan 6 bawah dapat meneruskan pengajian Prauniversiti mereka di SMK Tun Openg dengan semangat yang berkobar-kobar dan penuh iltizam.




No comments:

Post a Comment