Kem Waja Diri (KWD) merupakan aktiviti tahunan yang diilham
dan dirangka khas oleh para guru Tingkatan 6 dengan kerjasama Unit Bimbingan
dan Kaunseling untuk melahirkan pelajar
tingkatan 6 yang mempunyai daya juang yang tinggi, berkeyakinan dan bersemangat waja dalam menempuh cabaran peperiksaan
STPM.
Kem Waja Diri telah dimulakan sejak 16 tahun yang lalu,
yakni bermula dari tahun 1997. Kursus
ini biasanya diadakan di Kem Belia Pueh, Sematan melainkan pada tahun 2009 dan
2010, KWD telah diadakan di Kem Alapong, Lundu dan Kampus Universiti Malaysia
Sarawak (UNIMAS). Sepanjang 15 siri kem yang lepas, aktiviti dan modul yang
dilaksanakan dalam KWD telah diubah mengikut kesesuaian tema, sasaran sekolah, tempat
dan jumlah peserta.
Pada tahun ini, seiring dengan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 dan hasrat kerajaan untuk melonjakkan semula
martabat pengajian tingkatan enam sebagai laluan utama untuk menyambung
pengajian di peringkat Universiti, sekali lagi guru-guru tingkatan 6 dan Unit
Bimbingan & Kaunseling bercadang untuk mengadakan Kem Waja Diri ke-16 yang bertempat di Kem Belia Pueh, Sematan pada 16-19 Januari 2014. Tema yang dipilih pada tahun ini ialah "Achieve with all your might".
Ianya suatu kenangan yang indah kem waja diri smk taho terutama di Kem Belia Pueh, sempga para pelajar mendapat manfaat & mendapat suntikan motivasi dan semangat yg ditunjukkan oleh guru-guru. Teruskan menulis blog ini untuk meningkatkan lagi perkongsian maya khasnya melibatkan aktiviti Tingkatan 6 SMK TAHO.
ReplyDeleteTerima Kasih Puan Salmah @ mantan Kaunselor SMK taho kerana terus setia menyokong KWD Smk TAHO..
ReplyDelete