Majlis Penangguhan Program Perkampungan Ilmu Tingkatan 6, Fasa 1 telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Tingkatan 6, Puan Hilda Jalu anak John Mullie di Wisma Biro Wanita pada 19 April 2015. Seramai 60 orang peserta kem dan 18 orang fasilitator telah menghadiri majlis tersebut. Semoga dengan berakhirnya program tersebut, segala ilmu yang telah dipelajari selama 3 hari 2 malam di Wisma Biro Wanita ini akan mendatangkan pelbagai manfaat kepada para anak didik Tingkatan 6, SMK Tun Abang Haji Openg.
No comments:
Post a Comment