Monday, 20 January 2014

KEM WAJA DIRI KE-16 (16-19 Januari 2014)

Kem Waja Diri (KWD) merupakan aktiviti tahunan yang diilham dan dirangka khas oleh para guru Tingkatan 6 dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling  untuk melahirkan pelajar tingkatan 6 yang mempunyai daya juang yang tinggi, berkeyakinan dan  bersemangat waja dalam menempuh cabaran peperiksaan STPM.

Kem Waja Diri telah dimulakan sejak 16 tahun yang lalu, yakni bermula dari  tahun 1997. Kursus ini biasanya diadakan di Kem Belia Pueh, Sematan melainkan pada tahun 2009 dan 2010, KWD telah diadakan di Kem Alapong, Lundu dan Kampus Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Sepanjang 15 siri kem yang lepas, aktiviti dan modul yang dilaksanakan dalam KWD telah diubah mengikut kesesuaian tema, sasaran sekolah, tempat dan jumlah peserta.


Pada tahun ini, seiring dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dan hasrat kerajaan untuk melonjakkan semula martabat pengajian tingkatan enam sebagai laluan utama untuk menyambung pengajian di peringkat Universiti, sekali lagi guru-guru tingkatan 6 dan Unit Bimbingan & Kaunseling bercadang untuk mengadakan Kem Waja Diri ke-16 yang bertempat di Kem Belia Pueh, Sematan pada 16-19 Januari 2014. Tema yang dipilih pada tahun ini ialah "Achieve with all your might".









 


















 

Saturday, 9 November 2013

JAMUAN MAKAN MALAM PERTENO

Jamuan Makan Malam Pelajar Tingkatan Enam SMK Tun Openg atau PERTENO telah diadakan di Hotel Grand Continental, Kuching  pada 9 November 2013. Selain  meraikan pelajar Tingkatan Enam Atas yang telah menamatkan pengajian mereka di Program Tingkatan Enam 2012/2013, jamuan ini diadakan untuk menzahirkan ucapan terima kasih kepada para guru, khususnya guru-guru tingkatan 6 yang telah banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada para pelajar tingkatan 6 selama dua tahun ini. Seramai 21 orang guru dan 2 orang staf sokongan telah menghadiri jamuan tersebut. Bilangan pelajar yang hadir ialah seramai 68 orang.


















Friday, 1 November 2013

MAJLIS RESTU ILMU 2013

Majlis Restu Ilmu untuk pelajar tingkatan 6 Atas telah diadakan pada hari terakhir persekolahan iaitu pada 1 November 2013, bertempat di Dewan Kuliah, SMK Tun Openg.