Sunday, 19 April 2015

MAJLIS PENANGGUHAN PROGRAM PERKAMPUNGAN ILMU TINGKATAN 6

Majlis Penangguhan Program Perkampungan Ilmu Tingkatan 6, Fasa 1 telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Tingkatan 6, Puan Hilda Jalu anak John Mullie di Wisma Biro Wanita pada 19 April 2015. Seramai 60 orang peserta kem  dan 18 orang fasilitator telah menghadiri majlis tersebut. Semoga dengan berakhirnya program tersebut, segala ilmu yang telah dipelajari selama 3 hari 2 malam di Wisma Biro Wanita ini akan mendatangkan pelbagai manfaat kepada para anak didik Tingkatan 6, SMK Tun Abang Haji Openg.









Monday, 13 April 2015

LAWATAN PENANDA ARAS SMK GHAFAR BABA, MELAKA

SMK Ghafar Baba, Masjid Tanah Melaka telah mengadakan lawatan Penanda Aras Tingkatan 6 ke SMK Tun Abang Haji Openg, Kuching pada 13 April 2015. Seramai 5 orang guru dan 9 orang pelajar telah menyertai lawatan tersebut dan rombongan tersebut telah diketuai oleh Puan Rafidah Rahmat.













Thursday, 12 March 2015

AKTIVITI KOKURIKULUM TINGKATAN 6: PERTANDINGAN MEMBUAT BAKUL

Pertandingan membuat bakul daripada bahan-bahan recycle antara Kelab & Persatuan Tingkatan 6 telah diadakan di Dewan TPH Masniah pada 12 Februari 2015. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Kelab Ekonomi dan Pengguna T6 dan turut disertai oleh Kelab Bahasa & Kebudayaan T6 dan Kelab Media & Sosial T6. 


Monday, 2 March 2015

MAJLIS PENGUMUMAN RASMI KEPUTUSAN STPM 2014

Majlis Pengumuman Rasmi Keputusan STPM 2014 telah berlangsung pada 2 Mac 2015 di Dewan Toh Puan Hajah Masniah, SMk Tun Abang Haji Openg tepat jam 12:00 tengahari. Seramai 72 orang calon telah menduduki peperiksaan STPM pada tahun 2014. Peratus kelulusan pada tahun ini ialah 93.06% dan GPS yang dicapai ialah 2.39.